Halloween party ideas 2015

Wahai muridku, kamu bertanya: Apakah itu PERJUANGAN?
Apakah ianya berbaris mengibar bendera? Melaungkan deklamasi? Atau berdemonstrasi? Atau pun reformasi?
Kamu keliru. Aku tidak salahkan kamu. Hari ini banyak perkara yang mengelirukan. Media dan politikus mungkin lebih keliru dari kamu.
Alihkan pandanganmu. Lihatlah butiran bintang di langit biru. Pandanglah kepada mereka � manusia seni, manusia yang bergelar pengkarya. Masihkah kamu keliru?
Kamu bertanya � mengapa mahu lihat pada fiksyen dan tidak pada yang nyata? Muridku, di zaman ini sudah sukar untuk membezakan yang mana fiksyen, yang mana realiti. Adakalanya fiksyen lebih dekat dengan realiti.
Mari, aku ajak kamu melihat hasil kerja seorang pengkarya dari antara beribu pengkarya yang tidak pernah keliru tentang perjuangan. Lihat kisah dalam Musik Perjuangan Arnold AP, kisah seorang seniman yang melawan penjajahan di tanah papua dengan tanpa menggunakan senjata namun menggunakan nada sebuah nyanyian perlawanan,dia seorang seniman papua yang sangat pemberani.

Post a Comment

Powered by Blogger.